Pengalaman Temuduga Diploma Teknologi Kreatif (Penulisan Artistik)
Hello! Dah lama rasanya tak menulis tapi harini rasa macam nak update sambungan post yang lepas berkenaan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA).
Jadi, saya adalah salah seorang alumni di fakulti ni dalam jurusan penulisan artistik. Dalam post kali ni saya nak cerita pengalaman sewaktu temuduga. Pengalaman ni terjadi pada tahun 2016 jadi mungkin berbeza sikit kalau nak samakan dengan tahun ni atau akan datang.
Selepas tamat SPM dan apply UPU, saya dapat tawaran untuk menghadiri temuduga bagi kos diploma teknologi kreatif (penulisan artistik). Saya agak blur sikit waktu tu nak buat apa tapi takpelah kita follow the flow je. Jadi saya pun sediakan semua dokumen yang diminta dan hadir ke UiTM Puncak Perdana pada hari interview. Dalam surat tu dia kata interview pukul 8-12 jadi saya pun rileks je datang pukul 9 macam tu.
Datang datang terus ke fakulti pengurusan, naik ke tingkat atas. Mak dan abang saya teman tapi mereka tunggu di luar. Saya masuk dan beratur dengan fail saya. Depan saya lelaki, belakang saya perempuan. Saya sempat la berborak dengan student lelaki tu namanya AA, apply kos teater. AA ni dari sekolah seni di Johor dan dia siap bawa portfolio lagi hahahaha hebat sungguh. Saya waktu tu kagum la hebatnya dia ni sangat prepared untuk ke interview ni. Saya? Cuma prepare dokumen dokumen penting sahaja.
Saya borak pula dengan student perempuan belakang saya, Husna dari Penang. Husna sangat peramah dan katanya dia tak pasti nak masuk kos ni atau tidak. Saya pun kata, saya pun sama hahahaha. Tapi kitorang pergi je interview tu. Borak borak then sampai lah masa untuk masuk bilik temuduga.
Masuk je, terus kita disuruh untuk duduk depan penemuduga. Penemuduga mostly terdiri dari kalangan pensyarah. Dalam satu bilik ada empat orang penemuduga. Jadi dalam satu masa akan ada empat pelajar masuk, dan semua pelajar akan dapat sorang satu penemuduga. Saya pun duduk depan pensyarah yang temuduga saya, Encik Wiramanja. Arwah Encik Wiramanja baik orangnya.
Aimi: Assalamualaikum Encik.
Encik Wiramanja: Waalaikumussalam. Silakan duduk. (Mula belek fail saya). Kenapa ye awak pilih kos ni?
Aimi: Sebab saya rasa saya minat menulis.
Encik Wiramanja: Tapi saya tengok keputusan SPM awak ni bagus ni. Awak taknak cuba masuk bidang mirobiologi macam anak saya?
Aimi: (Sangat confused) Em saya tak pasti kalau tu adalah minat saya.
Encik Wiramanja: Hmm okay. Nah ambil puisi ni. Berdiri dan baca.
Lah sudah. Kena baca puisi pulak dah. Saya pun berdiri dan baca. Malunya tak terkata sebab saya sorang je yang berdiri dalam bilik tu sementara orang lain ditemuduga oleh penemuduga lain. Selesai baca, saya duduk.
Encik Wiramanja: Ok selesai, awak boleh balik.
Hahahaha macam tu je guys interview dia. Penat hafal siapa dekan fakulti lah, naib canselor UiTM lah. Tapi itu je yang ditanya. Walaupun interview dia bagi saya biasa biasa saja tapi ada juga yang tak dapat sebab dia pilih kuota berapa orang pelajar untuk satu intake tu. Tapi lepas dari interview tu saya rasa ralat sikit lah dah kenapa pula dia suruh masuk kos lain. Saya ni tak layak ke nak masuk sini?
Tapi keputusan temuduga pun keluar dan ya saya diterima masuk. Husna juga diterima masuk ke kos yang sama dengan saya dan kitorang jumpa semula semasa orientasi.
Cerita untuk orientasi mungkin saya akan cerita lain kali. Terima kasih sebab membaca.
Comments
Post a Comment