Pengalaman Temuduga Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UiTM
Hello! Diharapkan semua pembaca berada dalam keadaan sihat fizikal, mental dan emosi. Dalam post kali ni, saya nak cerita pengalaman saya masa pergi temuduga untuk jurusan undang-undang di UiTM.
Pertama sekali, penting untuk pembaca tahu yang saya dulu pelajar diploma teknologi kreatif (penulisan artistik) di Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Makanya, biar betul saya apply degree undang-undang dan dipanggil interview? Ya betul! Hahaha.
Saya pun tak sangka sebenarnya sebab orang kata bukan senang nak dapat tukar kos ni. Lagi2 kalau diploma bidang yang tak berkaitan langsung. Tapi masa tu saya rasa macam tak minat nak sambung bidang teknologi kreatif lagi. Jadi, masa semester terakhir saya pun apply penerapan. Saya dan kawan saya, Izzah letak jurusan undang-undang sebagai pilihan pertama. Kami berdua dipanggil interview. Saya terkejut juga tapi selepas berfikir, mungkin sebab pointer kami atas 3.0 dan keputusan muet kami atas dari band 4. Mungkin sebab tu kut kami dipanggil.
Nak dijadikan cerita, malam sebelum interview tu kami ada program finishing school iaitu dinner graduation lah gitu. Ada suatu peristiwa besar terjadi yang menyebabkan saya dan Izzah tidak dapat tidur betul betul malam itu. Keesokkan paginya, kami terlambat ke interview. Sesi kami pagi pukul 8 pagi tetapi kami hanya berjaya sampai ke UiTM Shah Alam pada pukul 10 pagi.
Saya time tu dah redha dah. Ni confirm tak dapat ni hahahaha such a bad first impression. Tapi kami berdua masih tak berputus asa, kami pergi ke tempat interview dan tengok ramai pelajar-pelajar lain di situ masing-masing pakai blazer. Fuh nasib baik kami pun pakai blazer takde lah awkward sangat. Pihak urus setia dekat situ bantu kami untuk masuk ke ruang interview. Selepas kami explain keadaan kami, mereka faham kenapa kami terlambat dan benarkan kami jalani juga interview tu. Rezeki orang kata, alhamdulillah.
Saya dan Izzah bernasib baik sebab dapat masuk bilik interview sama-sama. Masuk je bilik interview ada panel tiga orang. Mereka suruh kami perkenalkan diri dalam bahasa inggeris. Sambil-sambil tu mereka belek-belek fail dan dokumen kami.
Selesai perkenalkan diri, of course soalan wajib muncul. Why are you applying for this course? Youre from the creative technology department right?
Dush! Hahahaha time ni berdebar rasa. Memang rasa tak layak sungguh. Apa yang aku buat kat sini ni?
Kami pun explain la kami berminat nak tukar bidang. But a part of us rasa macam nak tukar bidang sebab parents ahahahaha. Terus interviewer tu kata awak kena buat sebab passion bukan sebab parents. Mula lah sesi motivasi kat situ. But personally, saya memang nak tukar bidang cuma saya tak pasti kalau saya memang betul betul nak buat law.
Lepastu interviewer tu suruh kami kupaskan apa-apa isu semasa yang ada kaitan dengan undang-undang. Saya tak ingat Izzah cerita tentang apa tapi tak silap pasal kes Dato Seri Vida. Saya pula kupas kes tentang cerita Munafik di mana ada seorang netizen yang mencetak rompak filem tersebut. Macam tu lah. Waktu tu kami kupas isu tu menggunakan full english.
Waktu interview tu saya dapat sense yang keadaan agak tegang. Saya ingat juga yang ada interviewer tu macam mencabar saya dengan berkata something like awak yakin ke nak masuk sini? Yakin awak boleh buat? Bukan senang tau kos undang-undang ni. Waktu tu saya triggered sikit sebab macam seolah-olah mereka berfikir siapa siapa yang datang dari FiTA ni tiada potensi. Saya dah penat dipandang rendah oleh orang sekeliling bila saya bagitahu saya ambil kos teknologi kreatif.
Jadi saya pun cakap je, ye saya tahu saya mampu. Mohon tengok keputusan peperiksaan saya dari SPM. Walaupun saya tak minat aliran sains tapi saya mampu menyerlah. Saya tahu saya boleh buat. Saya mampu cemerlang walaupun saya terjun dari bidang sains ke bidang seni. Kalau saya terjun ke bidang undang-undang pun saya tahu saya boleh menyerlah juga.
Selepas itu, saya minta maaf hahahahaha. Sebab saya rasa macam mereka tak suka kedatangan kami ke situ. Mereka kata takpe, tak perlu minta maaf apabila datang interview. Jangan sesekali minta maaf. Saya pun oh okay. Kemudian saya dan Izzah pun pulang dengan hati yang tak berapa gembira.
Beberapa ketika selepas itu keputusan temuduga pun keluar. Ya, saya diterima masuk ke jurusan undang-undang UiTM. Saya sangat terkejut hahahaha biar betul ni. Izzah pula diterima masuk ke jurusan Bahasa Inggeris Professional. Tetapi kedua-dua kami tidak teruskan sebab kami nak masuk universiti lain dan tunggu keputusan UPU.
Alhamdulillah Izzah berjaya ditawarkan ijazah sarjana muda teater di UM dan saya ijazah sarjana muda psikologi di UTM.
Apa-apa pun saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada UiTM sebab berikan peluang ni. Peluang ni mengajar saya perkara yang kita rasa mustahil tu kadang-kadang tak mustahil pun sebenarnya, kita je yang perlu cuba. Jadi untuk siapa siapa yang tengah cuba nak tukar bidang tu, goodluck!
Samalah sy lewat samlai interview pukul 10 saya sampai setengah jam lebih lewat sebabnya sesat jalan..Masuk" jumpa panel terus kena terpa bagai" soalan 😆
ReplyDeletehai sis! sy student stpm 2025 skrg sy baru sem 2. sy ada niat nak amik degree law. tp apa yg sy takut sebnrnya temuduga. sebb sy x yakin dgn speaking sy. sis ada tips tak macam mn nk confident speaking bila temuduga?
ReplyDelete